Tuesday, July 9, 2013

Didik Anak Fahami Erti Ramadan


rehlah

Setiap kali tiba Ramadan, ramai ibu bapa begitu bersemangat untuk memastikan anak kecil mereka berpuasa. Tidak dapat sehari, separuh hari pun jadilah. Yang penting kena berpuasa.

Sebagai ibu ataupun bapa, tanya dahulu pada diri sendiri, apa sebenarnya yang ingin diterapkan pada anak tentang puasa. Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga ataupun lebih daripada itu? Jika hanya ingin mengajar anak tentang lapar dan dahaga semata-mata, rasanya bukanlah satu langkah yang bijak kerana ibadat berpuasa di bulan Ramadan yang juga merupakan rukun Islam ketiga itu sungguh luas maknanya. Memahami makna atau pengertian sebenar puasa itu lebih penting daripada terus berpuasa tanpa tahu hujung pangkalnya.

Sebenarnya, sebelum seseorang itu (tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa) berpuasa, dia kena tahu apa itu puasa. Hal ini penting agar kita dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna dan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Asasnya, puasa berertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Ini kunci utamanya. Ayuh, kita sekeluarga fahami perkara asas ini. Apabila sudah memahaminya barulah boleh diamalkan. Disarankan agar sebelum melatih anak berpuasa, ajar mereka perkara-perkara asas tentang berpuasa seperti niat, tempoh berpuasa, perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, perkara-perkara sunat diamalkan semasa berpuasa dan perkara yang makruh dilakukan.

Setelah anak-anak faham erti berpuasa secara fizikal, mulalah beritahu mereka maksud yang tersirat di sebalik ibadat berpuasa. Misalnya, terangkan pada anak tentang rasa lapar dan dahaga yang dialami semasa berpuasa. Itulah rasa lapar dan dahaga orang miskin yang tidak ada makanan dan minuman. Tanpa disedari, rasa lapar dan dahaga ini membibitkan rasa belas kasihan dalam diri anak-anak kepada mereka yang kurang mampu dan sedar tentang pentingnya bersyukur. Gunakanlah saat ini untuk mendidik anak- anak agar sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah SWT telah berikan.

Paling penting, jangan sesekali membazir. Membazir itu amalan syaitan. Ketahuilah bahawa pembaziran makanan sentiasa berlaku. Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan. Rasa lapar dan dahaga membuat kita ingin membeli bermacam-macam jenis makanan untuk santapan berbuka. Tapi, realitinya yang mampu dimakan terlalu sedikit. Akibatnya lebih banyak yang dibuang. Berpuasa tetapi tidak dapat menahan nafsu, lihatlah betapa ruginya kita. Terpengaruh dengan hasutan syaitan memjadikan amalan puasa seharian tidak membawa manfaat, sekadar rasa lapar dan dahaga.

Selain itu, peraturan masa dan perbuatan semasa berpuasa juga mengajar manusia berdisiplin dan sabar. Kegagalan mematuhi peraturan dan tidak sabar boleh membatalkan puasa. Inilah yang ingin diterapkan. Berdisiplin dan sabar penting dalam kehidupan seharian kita. Jika sifat-sifat ini dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita sekeluarga, tentu hidup akan lebih bahagia, aman dan tenteram.

Daripada aspek kesihatan pula, berpuasa banyak manfaatnya. Beritahulah anak-anak bahawa berpuasa baik untuk kesihatan tubuh. Sebulan berpuasa merupakan waktu lapang atau kurang kerja bagi organ dalaman tubuh terutamanya bahagian penghadaman dan pencernaan. Selama 11 bulan bekerja keras memproses makanan setiap hari tanpa henti tentu memenatkan.

Jadi, organ-organ ini tentu perlu rehat sedikit. Maka bulan puasalah waktunya kerana ketika itu makanan yang perlu diproses lebih sedikit berbanding biasa.

Menurut fakta biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan.

Sebab itulah jika kita makan terlalu banyak, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan rasa mengantuk serta malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Keadaan ini membuatkan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada tubuh untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal dengan berkesan.

Selain itu, para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik atau racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.

Firman Allah SWT :“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi mu jika kamu mengetahui."

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi mu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada mu, supaya kamu bersyukur.” (Al Baqarah: 183-185):

Menurut Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-Ulumuddin, puasa ada tiga tingkat :
1. Puasa Orang Awam
Puasa yang menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
2. Puasa Orang Khusus
Pancaindera dan seluruh tubuh turut berpuasa daripada melakukan dosa.
3. Puasa Orang Istimewa, Super Khusus
Turut berpuasa ‘hati nurani’ iaitu tidak terlalu memikirkan soal keduniaan.

Kredit kepada Editorial Pa&Ma. 

Thursday, July 4, 2013

Teknik Flash Card untuk Ajar Bayi Membaca


"Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan."
-Mutiara Kata cicit Rasullullah s.a.w Imam Ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib

Jom Kita Baca Dulu Satu Berita Di Harian Metro

GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari. 

PADA usia 17 bulan, kanak-kanak ini sudah boleh membaca dan menyebut perkataan dengan lancar. Malah, lebih menakjubkan apabila dia mula mengenal huruf pada kad imbasan menjelang usia enam bulan. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kanak-kanak seusianya. Malah, ketika berkunjung ke Genius Baby On Board yang terletak di Puchong, Selangor, Rania Qarissa Rizal Saiful Rizal, 3, sama seperti kanak-kanak lain, namun kesukaan pada bahan bacaan amat terserlah apabila sepanjang masa dia memegang buku, kad imbasan atau berdamping dengan komputer peribadi. Kini, dia juga mula mendalami bahasa Arab dan Cina hanya berpandu kepada cakera padat di bawah pengawasan ibunya, Norhidawati Abdul Aziz, 30. 

Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa. 

Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.

 Ibu kepada dua cahaya mata comel ini memberitahu, keterujaannya untuk melihat anaknya membaca pada usia awal kerana rasa tercabar apabila menonton video kanak-kanak di luar negara yang mampu membaca pada usia enam bulan. Sejak itu, dia sanggup melakukan apa saja demi melihat anaknya mampu membaca pada awal usia.

“Perkara pertama dilakukan ialah dengan membeli kad imbasan lalu menunjukkan pada Qarissa menggunakan teknik satu kad satu saat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Sepanjang melakukan aktiviti itu, Qarissa tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun saya tetap meneruskannya dan tidak berputus asa. 

“Menjelang hari keempat, Qarissa mula menangis kerana ingin memegang kad, namun saya tidak membenarkannya dan tetap menunjukkan kepadanya,” ujarnya yang mengakui apabila anak mula menyukainya, itulah masa sesuai untuk membentuk minat membaca kepada anak-anak. 

Kesukaran mencari produk sesuai untuk bayi terutama dalam konteks pengajaran di Malaysia, memberi cabaran kepada Watie, namun dia bernasib baik kerana pada usia Qarissa 11 bulan, dia terjumpa laman sesawang Little Reader ketika sedang melayari Internet lantas dia menggunakan peluang yang ada untuk mengajar Qarissa dengan berpandukan kepada laman sesawang itu.

“Menariknya, proses pembelajaran menerusi Little Reader tidak membosankan dan menyeronokkan kerana semua aktiviti dilakukan menerusi gambar dan muzik serta kaedah bermain. Jadi anak-anak tidak berasa tertekan kerana pengajaran dilakukan seperti mana bermain. 

“Lebih penting anak anda mampu membaca dalam tempoh yang singkat. Namun, semuanya terpulang kepada ibu bapa bagaimana mereka berkeinginan membentuk anak mereka,” katanya.

Sepanjang tempoh itu Watie mengajar anaknya tanpa jemu, walaupun ada masanya Qarissa tidak menunjukkan minat dan membiarkan saja. Namun, Watie tidak berputus asa kerana dia percaya bagi mendapat hasilnya bukanlah dalam tempoh singkat walaupun perlu mengajar sehingga 100 atau 1,000 kali sekalipun dia yakin Qarissa akan menunjukkan perubahannya. 

Memang benar ada kalanya apabila rasa tidak yakin, Qarissa terus saja menunjukkan perubahan positif sehingga pada suatu hari Qarissa boleh membaca dengan lancar setiap baris ayat dan inilah saat paling menggembirakan bagi Watie. Baginya, kebolehan ditunjukkan anaknya itu membuktikan semua bayi adalah genius. 

“Saya selalu tidak yakin dengan kemampuan Qarissa, tetapi apabila dia menunjukkan perubahan di luar jangkaan menyebabkan saya percaya ibu bapa harus menanam rasa percaya dengan kebolehan anak-anak. Jangan berprasangka anak tidak bijak dan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Dia sering merangsang otak kanan anaknya dengan perasaan kasih sayang manakala pada waktu malam menggunakan teknik sheseida iaitu bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur bagi merangsang otak kiri mereka. 

Selepas kelahiran anak kedua Rania Quzayra, Watie terus berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya, malah dia tidak menunggu masa yang lama untuk merangsang otak Quzayra. 

Pada usia lima bulan, dia terus menggunakan cara yang sama seperti mana diberikan kepada Qarissa dan semakin percaya yang semua bayi adalah bijak. Quzayra dilahirkan tanpa tulang pada tangan kanan bermula daripada pergelangan sehingga jari dan hanya daging semata-mata yang membentuk tangan dan jari. 

Walaupun mempunyai ruas, jarinya tidak dapat dibuka, ditutup mahupun digerakkan seperti kebiasaannya. Istimewanya juga kerana tangan itu boleh dilentur ke mana saja tanpa rasa sakit. 

Menurut Watie, kelahiran Quzayra cuma satu antara 32,000 kelahiran dan sebagai kanak-kanak istimewa berpenyakit symbrachydactyly, dia mahu membuktikan Quzayra mampu seperti mana kanak-kanak lain. 

“Saya dapat rasakan yang sesungguhnya kelahiran Quzayra adalah untuk membuka mata saya dan suami terhadap keagungan ciptaan Allah dan menyebarkan setiap inci maklumat menerusi penglihatan, perasaan dan proses menerusi deria mata dan otak, seterusnya berkongsi dengan masyarakat melalui penulisan di alam maya. 

“Ini bertujuan supaya masyarakat sedar betapa Allah SWT menciptakan setiap makhluknya itu sempurna dan kesempurnaan itu terlalu subjektif, terpulang kepada kita sendiri untuk melihatnya dalam bentuk yang berbeza,” ujarnya.

Kini, Quzayra yang dilahirkan pada 7 April 2010 mengagumkan ibunya dengan kebijaksanaannya. Quzayra memanipulasikan kekurangan dirinya dengan begitu baik sehingga tidak nampak kekurangannya. 

Contohnya, walaupun memiliki tapak tangan kanan kecil dan lembut, dia bertepuk tangan menggunakan pergelangan tangan yang bertulang dan bukannya tapak tangan. Ini kerana sekiranya bertepuk tapak menggunakan tangan pasti tidak akan berbunyi berbanding lengan bertulang. 

“Sebagai ibu saya berharap apa yang berlaku kepada Quzayra akan memberikan motivasi kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa supaya percaya dengan kebolehan anak-anak bagaimana sekalipun keadaan mereka. 

“Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai, malah anak kita genius untuk melakukan apa yang kita tidak sangka dan dia boleh melakukannya. 

“Tanamkan dalam minda yang kita teruja untuk melihat setiap inci perkembangan terbaru anak dan yakin mereka akan menunjukkan kehebatan mereka,” katanya.

Tambah Watie, apabila ibu bapa berada dalam minda positif, aura positif akan terpancar dan sentiasa mengelilingi diri mereka setiap masa. Ini sangat baik untuk perkembangan mental atau fizikal anak.

Ya, itulah perkongsian pengalaman dari Norhidawati, seorang ibu yang telah berjaya mengajar anaknya membaca pada usia anak itu 17 bulan lagi, iaitu satu tahun 5 bulan..belum pun 2 tahun lagi usia anak itu.

Namun, timbul beberapa soalan, Bagaimana pula jika bayi saya tidak minat untuk diajar membaca?

Lihat semula tujuan kita mengajarnya membaca. 

Tujuan utama mengajar bayi membaca adalah menjadikannya seronok dengan aktiviti tersebut. Bukanlah ingin mencapai tahap-tahap tertentu. Cuba bayangkan jika bayi tidak diajar membaca sejak kecil, adakah sewaktu besarnya, dia akan menjadikan membaca sebagai hobinya? Bayi yang didedahkan dengan teknik pembacaan yang betul akan mula menyukai proses membaca sehingga aktiviti tersebut menjadi rutin bagi bayi dan mereka amat menyukainya. Jadi, adakah anda akan merasakan bahawa bayi anda akan mengalami masalah dalam proses pembelajarannya atau mula tidak menunjukkan minatnya untuk belajar membaca ketika ke pra sekolah kelak?

Teknik yang paling sesuai untuk bayi adalah mengajarkan perkataan-perkataan yang mudah baginya. Satu demi satu perkataan. 
Dan perkataan tersebut adalah perkataan yang difahaminya. 

Itulah langkah awal dalam proses menggunakan Flash Card kepada bayi.

Glenn Doman, pelopor Institutes for the Achievement of Human Potential(IAHP) berkata:

"Bayi sangat bijak dalam bidang linguistik (bahasa)"

Hal ini kerana beliau sendiri telah membuktikan bahawa bayi yang diajar bahasa kedua, ketiga dan seterusnya dapat menguasai semua bahasa tersebut tanpa mengabaikan bahasa pertama mereka. Kajian ini dijalankan di Philadelphia.

Dalam proses pengajaran kepada bayi, Doman menegaskan 3 syarat utama yang perlu diberi perhatian. 

Kuat, jelas dan berulang-ulang. 

Alasannya adalah, bayi tidak belajar bahasa melalui mata kemudian ke otak, akan tetapi, ia melalui telinga dan terus ke otak. 

Oleh sebab itu, sebutannya perlulah kuat, jelas dan berulang-ulang.

Maka, teknik Flash Card adalah teknik terbaik untuk mengajar bayi anda membaca. nda boleh mendapatkan Flash card dari pembagai sumber..ibu ibu dan bapa-bapa juga boleh membuat Flash card sendiri tanpa perlu membeli Flash card.. Bagi yang mampu, anda boleh membeli, bagi yang kurang mampu , anda boleh buat sendiri Flash card. Bagi sesiapa yang berminat untuk beli Flash card, boleh lah beli disini, klik sini

Untuk belajar cara menggunakan Flash Card, disini saya bawakan 3 Video dari kak watie untuk tatapan anda semua, 
cara menggunakan Flash Card untuk bayi..dalam video ini modelnya adalaha anaknya sendiri yang bernama Zayra.

Anak k.watie 2 orang yang suka membaca.

So, video yg uols tgk kat You Tube ini adalah cara yang Watie lakukan setiap kali main flash card dengan anak-anak, mungkin suara Watie tak kuat sangat & gambar tak cantik sebab guna video HP jer kan, but still leh dgr dan leh nampak how I did it. Cuba perhatikan betapa fokusnya Zayra ketika sessi ini. Tak berkelip dia pandang flash card tuh kan? :) Memang tahap fokus Zayra tinggi sebab Watie dah latih sejak dia lahir lagi. Sebab tuh dia boleh tgk flash card dalam sessi yg agak lama. Sebab tuh juga Watie kata 6 bulan pertama hidup anak tuh penting untuk kita pastikan all the 5 senses berfungsi dengan baik dan dalam masa yang sama, stimulasi dilakukan secara berterusan dengan teknik-teknik tertentu. Kerana apa yang kita lakukan pada masa itu (6 bulan pertama) akan beri kesan apabila umurnya semakin meningkat. Tapi  sayangnya, jarang parents especially kaum Melayu (sorry, kena tekankan jugak sebab ia hakikat) menitik beratkan stimulasi awal ini. Terutama 0-6 bulan. 

Dan kerana itu juga Watie banyak juga terima komen dan keluhan seperti "Anak saya tak fokus sangat", "Anak saya suka pandang tempat lain bila saya tunjuk flash card", "Attention span dia kejap jer" dan sebagainya. Dan bila saya tanya, "Tempoh 3 bulan pertama anak U lahir, apa U lakukan dengan anak?" dan "Another 3 months lagi, apa U buat?" dan kebanyakan jawapannya - Jarang buat apa-apa, setakat main ala kadar, bg minum susu, tidurkan, mandikan dan setiap hari perkara yang sama berulang. Komplen jer pandai! Apa awak buat kat anak masa dia baby untuk BANTU ..BANTU..BANTU..anak tuh supaya dia boleh jadi seperti yang anda mahukan? Ketuk kepala kanan dan kiri, tanya diri sendiri okeh ..:) So, tak adil kalau nak komplen jer bila anak dah besar sedangkan kita tak buat apa-apa semasa dia membesar tuh kan? :) 

Ada 3 video di bawah kerana 3 cara yang sering Watie gunakan setiap kali Watie main flash card dengan anak. Kenapa Watie sebut "main"? Sebab ia sememangnya sessi permainan dan bukan pertandingan. Bila kita main, no rules, no worries, kita happy dan tidak berorientasikan hasil dan keputusan. Kenapa nak risau dan sibuk dengan "end result" jika kita tahu pada akhirnya result dia akan jadi sangat baik dan mengejutkann? (Seperti mana anda terkejut bila pertama kali tgk anak orang lain "membaca" di usia muda kan? Sekarang tak terkejut lagi bila anak sendiri pun menunjukkan outcome yang sama!) Saya terima banyak msg dan emel dari ramai kawan-kawan yang memberitahu perkembangan anak masing-masing selepas menerima consultation, membuat pembelian produk-produk yang saya syorkan dan mendengar nasihat saya. Saya tumpang gembira dan bangga dengan anda serta anak genius anda. Now you believe that ALL BABIES ARE GENIUS kan? :)

Ada juga yang tanya saya, macam mana Watie ajar anak spelling? Watie ajar ABC tak? Dia kenal huruf ker? Dia menghafal ker? Dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan, saya tak ajar anak spelling, saya tak ajar anak saya ABC, anak saya kenal semua huruf, anak saya antara menghafal dan tidak. Mula-mula dulu, looks like dia menghafal, tapi lama-kelamaan, bila makin banyak perkataan dia tgk, dia dah boleh decode the words, dan perkataan yg dia tak pernah tgk pun, bila kita tunjuk, dia boleh baca. Bila words yang suku katanya panjang, ada juga yang dia silap sebut, tapi as usual, saya dengan happynya akan betulkan dan sebut dengan jelas TANPA SEDIKIT PUN RASA KECEWA SEBAB DIA SALAH SEBUT! Kenapa saya besar dan birukan ayat sebelum ni? Sebab ada ibu yang saya jumpa FRUST sebab anak dorang salah sebut atau tak sebut langsung perkataan yang disuakan pada mereka. Umur anak berapa? Dalam lingkungan 15 - 19 bulan! Wahai Mommy, setiap kali kita main dengan anak, the KEYWORD yang mesti selalu ada dalam fikiran kita- FUN! It must be FUN! Jangan risau tentang hasilnya, apa yang lebih penting kita bergembira dengan anak. Jangan risau Mommy, mereka akan tunjukkan kebolehan mereka when YOU LEAST EXPECTED IT! Kalau Mommy sungguh-sungguh, terlebih semangat nak tgk anak bijak ker tak, setiap jam main flash card pastu asyik test jer anak pandai jawab ker tak, memang takder nya anak you nak layan. Kita balik kena main! Dorang pulak yang duk gelakkan kita dalam hati.Hehehehe..Jadi, lebih baik Mommy have fun, rasa enjoy dan puas main ngan anak sambil gelak ketawa. Aura positif yang kita berikan pada anak ini yang akan buatkan anak kita rasa tenang dan tak tertekan untuk tunjukkan kepandaian mereka. Yang penting, kita REPEAT the activities on daily basis tanpa jemu. :)

Ok, dah banyak bebel lah nih.. Larat lagi ker uols nak baca nih? Hhehehe.Sorrylah, Teacher Watie nih kalau dah mula membebel, memang payah nak stop! Wakakaka.. Okeh okeh .. kita terus ke cara yang pertama. Dalam video pertama nih, kalau anda tengok, cara pertama yang Watie gunakan adalah teknik "Satu Kad Satu Saat" seperti yang pernah keluar dalam paper Metro tu. Bergantung kepada tahap fokus anak, anda mungkin boleh gunakan 5 kad sebagai permulaaan. Kalau fokus anak makin meningkat, boleh tambah another 5 cards to make it 10. Pastikan jarak mata anak dengan kad jangan terlalu dekat sebab tak bagus untuk view mereka. Nanti senang juling, especially baby kan memang ada juling-juling air sikit masa awal2 usia tu. So, kena pastikan at least 8-12 inci jaraknya antara kad dengan anak. Pastikan anak pandang ke arah kad, I know its not easy coz as I said, sometimes attention span anak tak lama. Sebab tuh Watie suh start dengan 5 kad dulu. Bila anak pandang, terus imbaskan kad tuh dengan cepat - 1 kad 1 saat. Kalau lepas 5 saat, anak masih pandang, just continue the same kad, maknanya mungkin anda boleh buat 2 continuos session for the same card. Pastikan bila Mommy tunjuk kad dan sebut perkataan tuh dengan jelas pada waktu yang sama, jangan kelam kabut nak tukar ke kad baru, sampai apa yang u sebut tak sama dengan apa yang u tunjuk kat anak. Lain jadinya kang. Hehehe.. So, memang Mommy kena praktis dulu. Time anak tidur tuh, just berlatih slip over the card one by one, very fast, tak yah sebut dulu perkataan tuh, berlatih slip kad jer. Bila dah ok, baru berlatih sebut dengan betul. Secara tak langsung, pronounciation Mommy pun akan jadi lebih bagus, sebab ia penting untuk anak dengar apa yang kita cakap, so kalau Mommy punya sebutan tak betul, nanti anak pun sebut tak betul di kemudian hari.:) 

Ada yg tanya Watie, kad apa nak tunjuk? Flash card biasa boleh ker? Watie strongly suggest kad yang hanya tertulis perkataan sahaja, sebab kita nak anak kita cepat baca kan? Mestilah kena tunjuk perkataan, kalau tunjuk gambar, memang dia akan tgk gambar jer, dia takkan tengok pun perkataan tu. Unless anak kita dah pandai baca, bila kita suakan gambar + perkataan, dia boleh baca juga sebab dia akan tgk perkataan dan kemudian relatekan dengan gambar. Macam mana Watie tahu? Sebab Watie pernah main dengan Qarissa, bukan flashcard tapi jigsaw puzzle. Kecik jer jigsaw tuh, Watie tunjuk dia jigsaw BIRD & PARROT dalam masa yang sama. Kalau tgk gambar, sama jer kan? Kids yang belum tahu baca mungkin akan sebut BIRD jer for both jigsaw (sebab dia based on gambar semata).Tapi, Qarissa sebut BIRD & PARROT & masa Watie tunjuk tuh, Watie fokus kat mata Qarissa, nak tengok dia pandang tak perkataan kecik bawah gambar tu, ternyata dia memang pandang perkataan dulu, baru tengok gambar. 

Flash card ada banyak cara nak dapat..boleh beli, boleh guna software Little Reader, boleh buat sendiri..Kalo tak mahu beli, Mommy kena lah rajin sikit, buat sendiri flashcard tuh dan main dengan anak. Nak buat sendiri, blh baca disini..Nak seribu daya, takmo seribu dalih kan? Heheheh..So, Mommy boleh try cara pertama ni masa main ngan anak kay. This is what they call sight words, terus tunjuk the whole word, tak yah buang masa nak eja-eja bagai. 

========================================================================

Lagi TIPS POWER guna FLASHCARD bersama BAYI anda.

3 Things to remember:

1.Teach fast, fast like the wind
2.Present new things always
3.Do not test



Why Flash Cards?

1.Easier: It is easier to teach a two-year-old to read at home than it is to teach a six-year-old at school. 

2.A joyous moment for mothers and babies.: Since babies would rather learn than do anything else in the world, and would rather be with their parents than with anyone else in the world, there are few activities as joyous as learning-to-read sessions. 

3.Reading is the very basis of all : If mother teaches her baby to read at one, two, or three years of age he will not fail to learn to read in school at six, seven, or eight years of age. 

4.Wondrous thing : It is a wondrous thing for a baby, or child, or an adult to be able to read. 

5.Babies are linguistic geniuses: Babies take in raw facts such as written and spoken words at a rate that no adult could come close to matching. 


Why is it crucial to 'flash word' during early from 2 months ?

•In the first 6 years of life, a children has a mind that absorbs great amounts of information without any effort. 
•This is also the child's greatest learning capability period.
•Thus, flashing words using flash cards can help stimulate the development of both hemispheres of the child's brain.
•The left brain is sharpened through languages while the right brain is strengthen through pictures. Flash cards can help to achieve whole brain development by stimulating both the child's visual and auditory simultaneously. A well balanced development of the whole brain enhances the child's absorbent mind, learning skills, memory power, analytical and reasoning abilities.
•The children who have strong reading skills since young will have a relaxing and enjoyable 'life long learning process' throughout his life time. 

What to do in each flash cards session?

1.Pick up any number of flash crds. 
2.Present the flash cards rapidly to your child at arm’s length. 
3.Can flash from the front to the back, but the more preferred method is to flash from the back to the front. 
4.While flashing the flash cards, read the words rapidly and loudly in a clear, high-pitched and enthusiastic voice. 

5.Be excited and joyous all the time. 
6.At the end of flashing, jumble up the flash cards. You may repeat the session for any number of times. You may wish to wait for about 5 minutes although there is no harm doing it immediately. It is suggested to flash the flash cards for 3 sessions in one day. If your child does not want it, do not do it. Do not bribe him into seeing it. Find another opportunity. All babies want to learn through play. 
7.Always stop before your child wants to stop. This will keep your child’s eagerness, enthusiasm and expectation for the next session of flashing. 


8.On the second day, retire 1 or any number of flash cards and replace it (or them) with the same number of any number of cards. 
Remember to be flexible and creative. Always let your child guide you to the level of his thirst of learning at that moment. 
Chances are, your child will request to see the flashcards. 
9.Do the same on the third day and onwards. The key to successful early learning is to be joyous about the whole process. Remember to smile, smile, smile! 
10.At the end of every session, kiss and hug your child and exclaim how wonderful he is. Give him ‘high-fives’! 
Tap on his shoulders, anchor him with all the positive messages. Programme into his subconscious mind that he is a super learner. 
And you love to teach him. 

Important tips on successful flash card learning session


1.The conditions required for flashing cards are: 

a)You are light-hearted, happy and joyous.
b)Your child is well-rested, happy and joyous
c) A quiet environment, free of distractions. Clear the room if required.
d)Switch off the TV, take the phone off the hook, and minimize the unnecessary sounds eg. Transferring pagers and handphones to silent mode.
2.Stop at the time when your child is still keen and interested in the session. It is important not to overdo the sessions. Learning must not be carried out for too long a period of time in view of your child’s short attention span. Enter into the child’s world rather than pulling him into the adult world. Never, never, never bore your child. Remember, he learns at least 50 times faster than you do! 
3.Do not be afraid to teach long words. Long words pose no problems to your child and are in fact interesting and easily recognizable. 
4.At the intial introductory flash card session, avoid putting two words that look similar together, eg. ‘head’ and ‘hand’ to minimize possible confusion ( in the ‘look-say’ flashcard method, avoid arranging words phonetically like ‘cat’, ‘bat’, ‘fat’, ‘hat’, ‘mat’, ‘pat’, ‘rat’, ‘sat’. It becomes boring after a time. Try putting ‘oat’ in the series and you will straight away find that it does not fit in. ‘Put’ and ‘but’ do not go together. English has too many foreign words to follow the phonetic way, eg. Choir, lingerie. Operating the phonetic way activates only the left brain. 
5.Arrange for your child to win. When your child wins, you win. Act positively by hugging, kissing, praising and motivating your child often. Keep saying ‘very good’ and ‘wow’. 
He loves to hear you say ‘wow’, ‘marvelous’, ‘fantastic’.


6.Do not underestimate your child’s learning ability. Teach with no stress. If you feel stressed, you are not doing it correctly, or may be the wrong time or place. 
7.Be flexible amd creative, always present new arrangements: eg. By telling stories to your child as both of you progress. Let him make up his stories. 
8.When you introduce new words, flash them fast. 
9.You may want to present a ‘problem solving’ method by holding up 2 flash cards for your child to choose the correct one. 
If your child takes more than 3 seconds, move or wave the card to give it away to him. If your child right, celebrate! If wrong card is chosen, present the right card. Remember, this is not a test but an opportunity to learn. He is still a baby. Love him unconditionally. Do not spend time testing him. Teach him. You can explain the meanings of the words to your child. Keep it simple.

 

10. Games that you can play with: 

a)Place the cards on the floor for your child to find eg. ‘mother’, ‘uncle’ …. Pass small items like coins, toy cars, to your child and say , “ give this to ‘mother’, drive your toy car to ‘uncle’.
b)Hand over pictures for the child to match his cards. Eg. ‘dog’, ‘swim’, ‘apple’.
c) Teach the ‘memory train’ method by creating stories with flash cards, eg. “One day, a ‘yellow’ bird flew up a ‘tree’. It was singing because it likes to ‘sing’ and it was dancing because it likes to ‘dance’. A ‘horse’ was eating ‘grass’ below the ‘tree’. On seeing the ‘bird’, it started to ‘laugh’. And invite your child to laugh crazy like a ‘horse’.

What words/How many words to flash in each session? 
Start with the words that your child familiar with. E.g. hand, leg, eyes, sit, milk, cry. 

These is to arouse the child's interest, they can quicly assocaite the "sound"(languague) they familiar with(heard day to day) with the "symbol" (the word) they saw 
Avoid putting similar words within a single session. E.g. head,hand 
We recomend parents to start with 5 cards per session , 2-3 session per day for children 2 - 12 months old 
We recomend parents to start with 10 cards per session , 1-3 session per day for children > 12 months old
How to conduct a flash card session?



• Tell your child that you are going to show him "English/Chinese/Malay Flash Card" 
• Hold up the card in front of your child (with the larger text facing the child, the smaller text facing yourself), and read out the word aloud in a clear and enthusiastic voice. The distance between your child and the card is at arm's length, or can be further... as long as the child can see the word and hear your voice clearly. Make sure that's no other distractions such as noise from tv/radio and etc. 
• Hold up the next card(bring from back to front) and read out the word aloud concurrently. 

You start to read out the word when the card is still behind, and at the same time bring the card to front is less than 1/2 a second. 
DO NOT bring the card to the front THEN speak out the word 

• If you are using our word first 2-Sides Chinese FlashCard, make sure your hand/finger cover the small word on the right-top corner.
• After flashing all the cards, repeat the 1st card you had flash. E.g. you flash "banana","dog","cat","hand","cry","walk","tall","father","banana" 
• You may create a short story/sentences using the last word that you had just flash. E.g. "banana", "Do you like to eat banana?", "Monkey like to eat banana" 
• Rewards your child by any of the follwings:- 
• Give him/her a hug.Not more than 8 seconds as recomended by Prof. Shichida 
• Give him/her a thumbs up. 
• Praise him/her 
• Make sure there is at least 30 minutes break in between each session.


Dapatkan pelbagai jenis flashcards di sini.

Mengajar Anak Mengenal Al-Quran


Mari renungkan...
"Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan"
- Mutiara Kata cicit Rasullullah s.a.w Imam Ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib.
Artikel ini ditulis oleh Puan Mazlina Karim yang telah berjaya mendidik anak-anaknya dari bayi hingga mereka boleh membaca Al-Quran dan menghafal 30 surah Al-Quran pada umur 3 tahun. Beliau merupakan Ibu kepada 2 orang anak, Darwisya Adrianna dan Darwisy Adrian.

Terima kasih kerana menyumbangkan artikel yang hebat ini.
==
Bagaimana Membantu Kanak-kanak Menghafal Surah-Surah Penting dan Panjang Dalam Al Quran 

Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan dihafalnya, cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah panjang. 

Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGAR surah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya. 

Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita. 

InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali. 

Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan. 

Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL. 

Selalunya Darwisya dapat menghafal  sehari dua selepas dia dapat membaca mana-mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.

Untuk diri saya, qari yang menyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy. 

Mencari CD yang jelas bacaannya dipasaran agak sukar mungkin kerana telah di ulang salin/dubbing beberapa kali hingga bacaannya bergaung dan kurang jelas. Maka, jika qari ini juga kegemaran pembaca, cara terbaik untuk mendapatkan bacaan yang jelas dan berkualiti adalah 

1. Beli CD-R kosong (yang paling murah harga 70sen sekeping)
2. Pergi ke http://www.muslimtents.com/alafasy/
3. Pilih surah yang dikehendaki (free download yang dibenarkan). Setiap surah semasa kita download akan ada tercatit panjang masa surah tersebut. Jumlah masa dalam 1 CD-R adalah lebih kurang 70-80 minit sahaja. 
4. Untuk memindahkan download ke CD-R, pilih 'audio data' (for car and other general radio)
5. Dah siap..

Sebelum menidurkan anak, CD tersebut akan dipasang dengan perlahan di radio dan tekan mode 'repeat'. Ia akan 'mengaji' untuk anak kita sehingga dia terlena dan diteruskan hingga esok pagi. Pastikan volume perlahan (kalau kuat anak tak boleh tidur pula). Kita boleh pilih samada untuk diulang repeat satu surah sahaja atau atau diulang bacaan satu CD tersebut. 

Untuk di dalam kereta, saya letakkan CD surah yang telah dihafalnya supaya dia tidak lupa apa yang dihafalnya sebelum ini. Ini memastikan hafalan yang lepas terus kekal. Jika bila-bila masa saya membawa anak berjalan, ayat yang terhafal terdahulu yang akan saya pasang untuk mereka sepanjang perjalanan. Siaran radio atau CD lain hanya akan saya buka jika saya berseorangan memandu. 

Sekiranya anda tiada masa untuk mengumpulakn sendiri bacaan Al-quran itu, anda boleh dapatkan VCD Bacaan Al-quran di sini.


Mencorak anak-anak dalam pendidikan, akhlak, sahsiah diri bermula dari rumah, dari kita sebagai ibu dan bapa. 

Ia bukan bermula di sekolah atau tadika. 

Memang ada tadika mahal dan tadika sederhana bayarannya tetapi semuanya sama iaitu mengajar kanak-kanak dalam bilangan ramai dan dalam masa yang serentak! Sedangkan setiap kanak-kanak itu adalah berlainan. Tiada guru yang boleh menandingi seorang ibu yang mengajar anaknya satu persatu dengan sabar hinggalah anak tersebut faham. 

Bagi saya, adalah salah untuk melihat wang semata-mata boleh membeli pendidikan dan menjamin anak tersebut menjadi seorang yang terdidik dan berjaya. Kita ambil kisah daripada Imam Shafie. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 2 tahun. Ibunya adalah seorang yang gigih dalam mendidik anaknya. Tiada tadika murah, sederhana atau mahal bagi ibu Imam Shafie, Hanya kegigihan beliau untuk mendidik anaknya hingga anaknya dapat menghafaz quran pada umurnya 7 tahun. Kemudian Imam Shafie berguru dengan beberapa ulama terkenal hinggalah beliau menjadi orang yang dikenali dengan kebijaksanaan ilmunya sehingga Mufti Mekah mengizinkan beliau memberi fatwa ketika masih berusia 15 tahun! 

Saya bersyukur kerana diberi Allah rezeki dan petunjuk untuk menghantar anak saya ke tadika Arab. Namun saya tetap tekankan kejayaan anak tetap bermula dari rumah. Darwisya ke tadika atau tidak, dan tadika tersebut arab atau bukan arab, dia tetap akan mengaji dan menghafal di rumah.


Kaedah Mengajar Bayi Mengenal Al-Quran



Flashcard Huruf Hijaiyah bertanda atas, bawah dan depan yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak saya mengenal huruf. Rata-rata 3 set untuk seorang anak sebelum anak saya mengenal huruf.. Tentulah mula-mula beli satu, kemudian bila dah hancur, anak masih belum habis mengenal, beli satu lagi dan seterusnya. Selalunya kehancuran kad huruf ini adalah disebabkan ianya di ronyok, digigit dan sebagainya oleh anak kita.  

Sekiranya anda memerlukan Flashcard, anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan Flashcard untuk anak-anak anda.. Klik Sini



Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.

Sekiranya anda memerlukan Set Al-Furqan, anda boleh mendapatkannya di sini. Klik Sini

Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Sekiranya anda perlukan pelbagai tajuk VCD yang bagus untuk anak-anak anda, dapatkan di sini. Klik Sini

Pengenalan

Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini. 

Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya. 

Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. . Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.

Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup. 

Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini : 

1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD. Boleh dapatkan di sini. 

(dalam RM25 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.)

2. Beli Flash Card Alif Ba Ta dan latih setiap pagi. Boleh dapatkan di sini.

3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.

PANDUAN MENGAJAR 

a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia. 

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji. 

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.

g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.

Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.

**Dapatkan lebih banyak produk-produk yang membantu anak anda belajar Quran di sinihttp://www.islamickidsshop.com.my/

2 Kaedah Menghafal Yang Berbeza untuk Darwisya

Ada juga yang perasan tentang saya memberi 2 posting kaedah menghafal yang berbeza yang saya gunakan untuk anak saya dalam blog ini hingga jadi keliru. Itu tandanya ada yang sudah mempraktikkannya pada anak sendiri. Alhamdulillah, bertambah saham saya..

Memang betul saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal 30 surah terakhir tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Seterusnya boleh guna alquran sahaja. Hinggalah satu hari skill ini semakin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah.

Walaupun dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya mengalunkan bacaan Sheikh Misyari Rashid Al Afasy. Ini adalah kerana Adik Ahmad Saud tiada punya bacaan surah-surah lain selain 30 surah terakhir tersebut. Apa pun caranya tetap sama untuk melatih kanak-kanak menghafal.. MENDENGAR, MEMBACA sehingga lancar, dan kemudian baru MENGHAFAL.

Perbezaan Perkembangan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Alhamdulillah Darwisya semakin sihat dan semoga apa yang berlaku tidak memberi kesan jangka panjang pada kesihatannya atau pada perkembangan otaknya. Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, pembaca pasti tahu saya mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, saya dapat melihat perbezaan keduanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian/target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. Saya memang tahu akan fakta ini tetapi saya tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana saya memulakan mengajar Darwish lebih awal dari Darwisya. Apapun itu jika saya membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. Tetapi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain, sudah tentu Darwish jauh pencapaiannya. Dia kini melancarkan huruf bersambung dan dalam buku terakhir al Furqan. Selepas habis buku ini dia akan boleh mula membaca quran. 

Jika kakaknya, Darwisya, sudah boleh mula membaca walaupun merangkak pada umur 2 tahun 8 bulan dan mula belajar menghafaz, adiknya Darwish mungkin agak kebelakang sedikit. Ini kerana beberapa faktor yang saya rasa sinonim dengan kanak-kanak lelaki :

1) Lebih bermain
2) Buas
3) Tidak fokus
4) Tidak boleh duduk diam walau dimarah (tak takut)

Itu belum dicampur faktor semulajadi kebanyakkan mereka seperti lambat bercakap dan sebagainya. Darwish masih tidak boleh bercakap dengan sempurna. Contoh lorry disebut oo-ii dan robot disebut oo-bot. Itu bukan lagi perkataan lain yang boleh disebut tapi tidak jelas. Setiap hari saya melatihnya untuk menyebut dua perkataan ini tapi belum lagi berjaya nampaknya. Pentingnya menyebut lorry dan robot kerana jika berjaya, dia akan boleh menyebut perkataan 'Bismillahirrahmanirahim' dengan sempurna. Harapan saya tinggi supaya dia boleh menyebutnya sebelum dia memulakan hafazan secara serius seperti Kak Wisyanya. Namun, saya pasrah jika ianya tidak berlaku secepat seperti yang saya harapkan.

Kredit to blog: http://darwishndarwisya.blogspot.com

Didiklah anak-anakmu bersungguh-sungguh.
"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala perkara yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala apa yang disuruh." (Surah At-tahrim: 6)


Ajar Anak Membaca Awal



Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 0 hingga 3 Bulan

1. Usap, Peluk & Cium Bayi

Saya banyak mencurahkan kasih sayang saya melalui pelukan, ciuman dan usapan. Menurut neurosaintis, sentuhan, usapan dan ciuman ibu bapa akan merangsang otak bayi untuk mengeluarkan horman yang membantu perkembangan & pertumbuhan bayi . Kasih sayang yang anda curahkan juga akan membantu pertumbuhan dendrait bayi anda.

Usaplah badan bayi anda menggunakan paf bedak atau kapas dan pelbagai fabrik (satin, sifon, baldu, dll) daripada kepala ke kaki. Usapan daripada kepala ke kaki membantu pembentukan myelin pada neuron dan dendrait. Pembentukan myelin membolehkan rangsangan yang diterima dendrait dihantar ke otak dengan lebih cepat. Menurut Dr Susan Ludington-Hoe, ia juga membantu pengawalan koordinasi anggota badan dan perkembangan otot.

Menurut Tony Buzan, enulis buku 'Brain Child' , kasih sayang adalah 'makanan otak'(brain food) anak anda. Hal ini bermakna bayi anda amat memerlukan kasih sayang untuk menjadi anak yang pintar. Jangan sesekali risau anda terlalu manjakan(spoil) bayi anda pada tahap ini.

2. Menyusu

Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protin, karbohidarat, lemak, vitamin, mineral dan air. Kolustrum yang dihasilkan pada beberapa hari pertama akan membekalkan antibodi untuk bayi anda melawan penyakit. Pada tahun 2007 saya dan 5 orang anak saya diserang denggi. Saya, anak saya yang ketiga dan kelima,Athirah & Amirah dimasukkan ke wad kerana 'platelet' kurang daripada 100. Tetapi anak yang lain, Amalia, Abdul Adzim & Amir Haziq dapat bertahan dan 'platelet' mereka tidak turun ke bawah 100. Ketiga-tiga anak ini saya menyusu selama 2 tahun! Susu ibu sebenarnya anugerah Allah. Kajian menunjukkan susu ibu mengandungi lemak DHA yang amat penting dalam membantu pertumbuhan & perkembangan tisu otak. Susu ibu juga mengandungi 'taurine' yang membantu perkembangan otak & saraf.

Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang, makanan yang berzat adalah juga makanan otak(brain food) anak anda. Sehingga anak anda berumur 2 tahun, susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuknya. Jadi jangan lepas peluang menyusu bayi anda sehingga dia berumur 2 tahun.

3. Berbual-bual

  Menurut kajian terkini, banyak mana anda berbual-bual dengan bayi anda akan mempengaruhi IQ dan kejayaannya nanti. Semasa saya mendapat anak pertama dan kedua, saya tidak pandai berbual dengan bayi. Tetapi setelah menyedari betapa pentingnya kita perlu berbual dengan bayi, saya mula melatih diri saya.
a. Saya menceritakan kepada bayi apa saja yang sedang saya lakukan seperti 'mama sedang kemas katil. Katil Mama besar daripada katil baby...".
b. Sambil saya mandikan bayi, saya akan memberitahunya "Mama bersihkan mata baby dulu. Sekarang mama bersih telinga baby pula. Sekarang mama nak syampu rambut baby pula. Hmm wanginya syampu...".
c. Saya juga menanya soalan "Mana mata baby mama?" dan menamakan objek di sekeliling "Ini buku. Ini bola...".

Jangan lupa menggunakan pelbagai intonasi & nada suara apabila berbual dengan bayi. Ia akan menarik tumpuan bayi anda.

Berbual-bual dengan bayi sebegini akan menambah kecerdasan bahasanya. Anak akan terdedah dengan perbendaharaan kata yang luas dan ini akan membantunya memahami perkataan, bertutur, membaca dan menulis nanti.

Menurut kajian terkini, anak sehingga umur 3 tahun perlu mendengar 17000 hingga 20000 perkataan sehari!

Becoklah mulut mama dan papa semuanya!

4. Menggantung Mobile

Gantungkan 'mobile' hitam-putih, 25cm (10 inci) daripada mata bayi. Ia akan merangsang penglihatan bayi anda.

Kajian daripada Dr Robert Fanzt, Dr T.G.R Bower dan Dr Philip Salapatek membuktikan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhatikan bentuk geometri hitam- putih daripada gambar berwarna terang mau pun pastel.

5. Mengimbas Kad / Objek Hitam-Putih

Peluk bayi erat di pangkuan sambil menamakan objek hitam-putih di dalam buku atau kad imbas. Aktiviti ini akan merangsang penglihatan dan pendengaran bayi anda.

Letakkan kad atau objek hitam-putih di tengah penglihatan bayi pada jarak 25cm daripada matanya. Gerakkan 6 inci ke kanan. Berhenti. Gerakkan kad kembali ke tengah. Berhenti. Gerakkan 6 inci ke kiri dan berhenti.

Saya hanya berpeluang melakukan aktiviti ini pada anak keenam. Saya mencuba rangsangan hitam-putih ini ketika dia berumur 7 hari. Saya cukup teruja melihat matanya mengikut pergerakan gambar ke kanan dan ke kiri. Dan hari ini Amir memang cekap kemahiran motornya. Menendang bola pada umur setahun dan amat gemar bermain 'mengikat tali' semenjak umur 1 1/2 tahun lagi.

6. Bernyanyi & Menari

Nyanyikan lagu kanak-kanak dengan nada suara yang berbeza-beza. Menari, dodoi atau gerakkan badan bayi sambil menyanyi. Menyanyi juga membantu meningkatkan kecerdasan bahasa anak anda.

Mendodoi bayi perlahan-lahan ke atas ke bawah dan ke kiri ke kanan, akan merangsang sistem vestibular yang mengawal koordinasi dan keseimbangan. menurut kajian mendodoi sebegini membantu perkembangan penglihatan dan pendengaran bayi, membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan membantu pertambahan berat badan.

Anda juga boleh mendukung bayi sambil berpusing perlahan-lahan.

7. Senaman Otak

Selepas saya mandikan bayi, saya gemar melakukan senaman otak (brain Gym) dengan menggerakkan anggota tangan dan kaki bayi saya secara bersilang. Saya membilang 1, 2, 3... sambil melakukan senaman ini. Menurut Dr Paul Dennison, pengasas Brain Gym, pergerakan sebegini akan mengkoordinasikan otak kanak dan kiri bayi. Dengan itu bayi dapat berkembang sebaiknya apabila kedua-dua otak berfungsi bersama(whole brain functioning).

Menurut Dr Carla Hannaford, senaman sebegini akan membantu anak anda belajar membaca, menulis, mengeja dan memahami karangan nanti.

Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 3 - 6 Bulan

Pada peringkat ini, saya masih teruskan amalan-amalan semasa bayi saya berumur 0-3 bulan. Apabila menjangkau umur 3 bulan, penglihatan bayi bertambah baik.

8. Menggantung Moblie Berwarna Terang

Tukarkan mobile hitam-putih kepada mobile berwarna-warni. Pada tahap umur ini bayi lebih peka kepada warna terang daripada warna pastel. Bayi juga boleh melihat objek dengan menggerakkan kepalanya.
Anda juga boleh menggantungkan mobile merentasi katil bayi menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi anda melibat(swipe) & menarik mobile. Mobile elastik ini akan merangsang perkembangan fizikal bayi anda. Apabila bayi pandai menarik mobile, berlaku perkembangan motor halus(koordinasi mata & tangan) yang akan membantu anak anda belajar membaca nanti.

9. Menggenggam Pelbagai Objek 

Tunjukkan pelbagai objek menarik yang berwarna-warni & berbunyi seperti kerincing(rattle), mainan lembut(soft toys), mainan picit(squeeze toys) dan mainan/gegelang getah untuk menggalak bayi mencapai & menggenggam objek tersebut. 

Kemahiran menggenggam akan membantu anak anda menulis nanti.

==

Artikel ditulis oleh: Nik Eliani Nik Nawi, Mother of 6 ranging from 8 to 25 years of age. Co-writer of Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku & Readeasy Early Reading Series, Reading Specialist & Nursery & Preschool Curriculum Designer. Holds B.A. Economics from Brock University, Canada(1985)& Diploma in Education(English) from International Islamic University Malaysia(1990), Phonics Consultant for Dewan Bahasa & Pustaka 2011

Kredit kepada : http://www.cepatmembaca.blogspot.com/

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, niat saya ingin berkongsi segala tips yang pernah saya baca, kumpul dan pelajari sepanjang pengalaman pendek saya mencari bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk anak saya sejak awal kelahiran sehinggalah umur anak saya sekarang 2 tahun. Minat saya yang mendalam tentang bahan pendidikan membawa saya ke satu perspektif yang baru di dalam dunia ini. Dan dengan minat yang saya ada ini, saya wujudkan blog berbentuk perkongsian seperti ini semata-mata ingin menyebarkan perkara yang bermanfaat kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai kesedaran dan minat yang sama seperti saya tetapi tidak tahu di mana ingin mencarinya. Insya Allah, semoga bemanfaat buat semua, terutamanya ibu-ibu muda yang masih mencari-cari bagaimana ingin mendidik anak-anak mereka agar bijak, sihat, ceria dan soleh solehah...

Saya boleh dihubungi melalui e-mail wsyahida@yahoo.com atau SMS 012-6753078 (WhatsApp/LINE) atau 019-6646581.